Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 59 PATI ditahan, 3 kenderaan darat dirampas semalam

Op Benteng: 59 PATI ditahan, 3 kenderaan darat dirampas semalam

by Shahir Ali

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pasukan keselamatan secara bersepadu bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut berjaya merampas 3 kenderaan darat.

Selain itu, pasukan keselamatan juga melaksanakan sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam melibatkan Op PENAWAR gabungan ATM, PDRM dan RELA (47), Op Benteng PDRM (62) dan Op Benteng AKSEM (9).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 196 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemuanya telah dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP iaitu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain(14),” ujarnya. –  Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply