Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat pasang kawat duri kawal pengoperasian pusat kuarantin di SUKPA

Tentera Darat pasang kawat duri kawal pengoperasian pusat kuarantin di SUKPA

by Nurulhuda

PAHANG, 12 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Markas Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd) telah membantu kerajaan negeri Pahang dalam menubuhkan pusat isolasi pandemik di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Kerja-kerja pemasangan concertina wire di kawasan seluas 10 km persegi telah dilaksanakan oleh seorang pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari pasukan Rejimen Keduabelas Askar Melayu Diraja (12 RAMD Mek).

Menurut Tentera Darat, kerja-kerja pemasangan telah disiapkan dalam masa 12 jam.

“Pembinaan pusat isolasi ini adalah kerana peningkatan kes positif yang mendadak di negeri Pahang pada 6 Dis yang lalu,

“12 RAMD (Mek) akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Pahang bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan PKRC tersebut sepanjang ianya beroperasi,” katanya.

PKRC yang menempatkan pesakit bukan warganegara yang berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus ini akan mula beroperasi hari ini.

Semalam, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, pembukaan Sukpa sebagai PKRC bertujuan memastikan situasi tidak mengganggu perawatan dan perkhidmatan sedia ada di hospital kerajaan serta memberi ruang kepada rakyat Pahang untuk mendapatkan rawatan.

“Keputusan ini juga mengambil kira kepentingan orang ramai dan kerajaan negeri memaksimumkan tahap keselamatan serta kawalan di pusat berkenaan supaya masyarakat setempat tidak tergugat dengan kehadiran mereka dan boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa,

“Pemilihan Stadium Sukpa sebagai PKRC ditentukan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan untuk menampung kapasiti hospital apabila keadaan memerlukan,

“Stadium Sukpa dipilih kerana kedudukan yang hampir dengan pusat rawatan intensif Covid-19 yang memudahkan pergerakan pegawai perubatan,” tambahnya.

Beliau menambah, pada peringkat awal, seramai 115 pesakit positif COVID-19 dari Bentong akan ditempatkan di pusat itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply