Home Semasa COVID-19: 1,937 kes baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

COVID-19: 1,937 kes baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 1,937 kes baharu wabak pandemik COVID-19 direkodkan pada hari ini, di mana 823 kes daripadanya dicatatkan di Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, daripada 823 kes baharu di Selangor, 714 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapak kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di kawasan tersebut.

Beliau menjelaskan, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, terdapat 2 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,935 kes.

“Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes, diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 429 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 238 kes,

“Sebanyak 725 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes),” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan penularan COVID-19, pada hari ini.

Sebanyak 911 kes telah disahkan pulih wabak berkenaan dan dibenarkan pulang.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan, terdapat 121 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan dan 9 kes kematian direkodkan hari ini.

“Kes kematian akibat wabak COVID-19 hari ini melibatkan 8 pesakit lelaki dan seorang pesakit wanita yang berumur dalam lingkungan 33 sehingga 84 tahun,

“3 kes kematian dicatatkan di Johor, 4 Sabah dan 1 masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor,” tambahnya.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 3 kluster baharu dikesan pada hari ini yang melibatkan saringan di tempat kerja.

Sehingga hari ini, seramai 68,084 kes pesakit COVID-19 di negara ini telah pulih sepenuhnya, manakala angka kematian meningkat kepada 411 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply