Home Politik UMNO, PAS dan PPBM setuju calonkan Saarani sebagai MB Perak

UMNO, PAS dan PPBM setuju calonkan Saarani sebagai MB Perak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Dis – UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju mencadangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini diputuskan atas dasar semangat permuafakat Perikatan Nasional (PN).

Hari ini, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perbincangan ini, Ahmad Zahid telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku,” kata kenyataan itu.

Selain itu, perbincangan tersebut telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN di negeri Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply