Home Semasa COVID-19: Pusat Kuarantin dan Rawatan MAEPS Serdang diaktifkan semula

COVID-19: Pusat Kuarantin dan Rawatan MAEPS Serdang diaktifkan semula

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, diaktifkan semula hari ini ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan secara segera MAEPS Serdang itu juga bagi menampung pekerja asing yang telah menjalani saringan COVID-19 yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit COVID-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan akan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara (BWN) sahaja,

“Pengaktifan ini turut melibatkan pemindahan pesakit COVID19 (BWN) daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILLKM), Sungai Buloh ke MAEPS,

“Berbanding hanya 604 katil sebelum ini, ketersediaan katil di PKRC MAEPS 2.0 adalah dengan anggaran jumlah katil sebanyak 10,000 katil berdasarkan tiga fasa iaitu Fasa 1 sebanyak 3,000 katil, Fasa 2 (3,300 katil) dan Fasa 3 (3,700 katil),” katanya dalam sidang media khas mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Beliau turut berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di pusat rawatan itu ekoran ia akan menempatkan warganegara asing dalam jumlah kapasiti uang tinggi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply