Home Pertahanan dan Keselamatan APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM10.53 juta

APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM10.53 juta

by Air Times News Network

GEORGE TOWN, 8 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang mematahkan cubaan penyeludupan dadah jenis Methamphetamine dan Ecstasy bernilai RM10.53 juta pada Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, tangkapan itu adalah hasil koordinasi unit Risik dan pasukan bot pemintas APMM yang melakukan Operasi Pertiwi selama seminggu di sekitar perairan Teluk Kumbar sehingga ke kawasan perairan Gertak Sanggul.

“Operasi tersebut mendapati berlakunya aktiviti penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di kawasan tersebut,

“Semasa bot pemintas APMM Pulau Pinang membuat rondaan telah menemukan sebuah bot rekreasi dalam pergerakan mencurigakan di sekitar 3.0 batu nautika barat daya Pulau Betong,

“Bot tersebut di minta berhenti tetapi terus memecut dan cuba meloloskan diri,” katanya dalam hantaran di media sosial rasmi milik APMM.

Dalam pada itu, Abd Razak berkata, ketika bot APMM semakin menghampiri, 2 lelaki dikesan mencampakkan pelbagai objek termasuk beg pakaian ke dalam laut sebelum mereka turut sama terjun.

“Anggota bot pemintas melakukan pemeriksaan terhadap barang yang di campak ke dalam laut mendapati sebanyak 8 beg pakaian berwarna hitam mengandungi hablur kristal dipercayai Methamphetamine dan sebuah beg jenis yang sama mengandungi 7 bungkusan plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi pil pelbagai warna disyaki Ecstasy,

“Siastan awal yang dilakukan kepada semua beg yang dicampakan ke dalam laut mendapati hablur kristal mempunyai berat anggaran 240 kilogram manakala pil Ecstasy anggaran berat 9.3 kilogram,

“Kesemua dadah yang di rampas dianggarkan bernilai RM10.53 juta bersama sebuah bot yang digunakan suspek bersama 2 enjin sangkut dengan kekuatan 500 kuasa kuda bernilai anggaran RM150,000,

“Hasil rampasan keseluruhan bernilai RM10.68 juta, rampasan dadah ini merupakan rampasan yang terbesar direkodkan APMM Pulau Pinang,” katanya.

Kesemua dadah yang di rampas termasuk bot dan enjin telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang bagi disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“APMM Pulau Pinang akan terus mempergiatkan rondaan dan pengawasan menerusi pelbagai siri operasi khas bagi mengekang sebarang kegiatan salah laku jenayah maritim,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply