Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM terima 11 bot RHIB tingkat upaya rondaan Op Benteng

TLDM terima 11 bot RHIB tingkat upaya rondaan Op Benteng

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZbW2TLqD5yI[/embedyt]

 

LUMUT, 7 Dis – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperolehi 11 unit Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) untuk meningkatkan keupayaan pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng) bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

11 unit RHIB diperolehi melalui Projek Perolehan Op Benteng telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MSET Holding Sdn Bhd, Aminuddin Mat Yusof kepada Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Pertama Mohd Redzuan Talib di Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, TLDM akan menugaskan kesemua 11 bot RHIB yang baru diterima ini untuk digunakan secara maksimum oleh anggota-anggota yang ditugaskan dalam Op Benteng.

“Sebelum ini TLDM telah menggunakan 11 bot RHIB khasnya untuk anggota PASKAL selama 20 tahun sebagai aset TLDM dan sehingga kini bot tersebut masih lagi dalam keadaan baik cuma terdapat masalah mekanikal sahaja,

“Dengan Op Benteng yang memerlukan banyak aset-aset untuk diletakkan di sektor yang tertentu, oleh itu TLDM telah memfokuskan kesesuaian bot RHIB ditempatkan disektor-sektor yang telah ditetapkan,

“Kerana bot ini adalah lasak, dengan keadaan laut bergelora bot ini mampu beroperasi dalam keadaan selamat dan mempunyai satu keistimewaan iaitu daya membelok ke kiri dan ke kanan serta membuat pusingan yang memegang bot tersebut di atas permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bot RHIB, hari ini.

Tambahnya lagi, bot ini boleh menempatkan seramai 12 orang anggota dengan kelajuan maksimum 45 knots dan mempunyai dua enjin 400 kuasa kuda.

Manakala Aminuddin berkata, nilai bot ini adalah RM700 ribu seunit termasuk enjin dan kelengkapan serta pengeluaran sepenuhnya dari syarikat tempatan.

Turut menyaksikan penyerahan bot RHIB, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Ruji Ubi.

TLDM berkata kesemua bot berjaya dibina dalam tempoh 8 minggu di limbungan MSET Inflatable Composite Corporation Sdn Bhd (MEST), Kuala Terengganu.

“Perolehan RHIB ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi keupayaan pelaksanaan Op Benteng yang turut digembleng bersama Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah National Task Force (NTF),

“NTF yang diterajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 12 Mei 2020 juga turut mengekang kegiatan pelanunan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing yang dikhuatiri semakin meningkat akibat daripada pandemik COVID-19,” katanya. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

1 comment

Hamdan 8 December 2020 - 11:39 pm

bot dgn spec & kualiti yg sama malah lagi laju buatan china baru rm200k.
indon kalo tau nie conform gelak guling2

Reply

Leave a Reply