Home Politik Faizal Azumu gagal dalam undi percaya, hilang jawatan MB Perak

Faizal Azumu gagal dalam undi percaya, hilang jawatan MB Perak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmda Faizal Azumu gagal memperolehi sokongan majoroti dalam undi percaya oleh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Usul undi percaya telah dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baru dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Manap Hashim

Dalam undi tersebut, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala 48 lagi tidak menyokong dan satu undi rosak.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berjanji akan memastikan proses peralihan jawatan Menteri Besar Perak berjalan lancar.

Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata akan memaklumkan serta menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung keputusan undi percaya tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply