Home Pertahanan dan Keselamatan Video tular: Anggota tentera tidak bertindak sesuka hati, pasti ada punca lain

Video tular: Anggota tentera tidak bertindak sesuka hati, pasti ada punca lain

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OHGjNcVrWS0[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 3 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan awal dan beberapa tindakan telah dilakukan berhubung video tular yang menunjukan seorang lelaki dipercayai pekerja asing didera anggota keselamatan dengan pakaian tentera, semalam.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM  berkata, setiap anggota yang terlibat dalam sesuatu tugasan tidak akan bertindak di luar batasan.

“Kita (ATM) telah membuat siasatan awal dan beberapa tindakan awal telah dilakukan. Bagaimanapun, apa yang saya mahu nyatakan di sini, apa yang mereka lakukan adalah kerana untuk menjaga keselamatan negara dan orang awam,

“Saya menyeru masyarakat dan orang awam yang kini dalam kawalan kuarantin supaya dapat berikan kerjasama, saya tahu anggota saya bertindak sedikit melebihi batas, itu saya minta maaf,

“Tetapi pada masa yang sama, saya tahu mereka ini tidak bertindak dengan sesuka hati. Kalau mereka bertindak sesuka hati, sudah banyak laporan yang kita terima,

“Kita telah lakukan operasi ini selama 9 bulan, banyak operasi-operasi dilakukan seperti Op Penawar, Op Benteng, kawalan kuarantin bahagian perubatan termasuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di hospital-hospital,

“Mereka bertugas 24 jam, bermacam-macam cabaran dan isu yang mereka dihadapi. Namun, saya tidak pernah mendengar sebarang aduan dan mereka berbangga dapat beri sumbangan ketika negara sedang menghadapi masalah serta bencana ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota MALBATT 850-7, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, hasil siasatan awal dari kejadian tersebut, ia mungkin berpunca daripada adanya provokasi dari pihak-pihak tertentu.

“Mungkin ada yang terlepas 1 atau 2 perkata dan saya bagi pihak ATM memohon maaf. Mungkin perkara ini berlaku disebabkan adanya provakasi serta tindakan-tindakan luar, sehingga terkeluar perkataan yang tak sepatutnya dan saya tahu cerita yang sebenar,

“Jadi, kalau boleh biarlah kita bekerjasama, ikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan kerajaan. Tiada orang hendak buat sesuka hati tanpa peraturan tersebut,” tambahnya.

Semalam, sebuah rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan pekerja asing didera anggota keselematan tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang awam.

Dalam video berdurasi 19 saat itu, memaparkan seorang lelaki memakai seluar celoreng memegang alat seperti cambuk mengarahkan pekerja asing itu berguling atas tanah.

Menurut sumber, pekerja terbabit dikatakan dihukum kerana melanggar perintah kuarantin.

Difahamkan, individu yang didera itu merupakan pekerja di kilang sarung tangan, Top Glove yang kini sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!