Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok bernilai RM35 ribu

Polis Marin rampas rokok bernilai RM35 ribu

by Air Times News Network

KUANTAN, 3 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas 224 karton rokok tidak sah cukai pelbagai jenama bernilai RM35,969.46 dalam serbuan di kawasan Muadzam Shah, hari ini.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan hasil intipan dan aduan orang awam mengenai kegiatan pengedaran rokok ini serta minuman keras di kawasan tersebut.

Turut dirampas, sebuah kereta yang dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan barangan tersebut dan kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Menurut Norzaid, pihak PPM mengalu-alukan orang awam untuk memberi maklumat berkaitan pengedaran barangan tidak sah cukai kepada Pusat Kawalan PPM Wilayah Tiga di talian 09-5137726. – airtimes.my

 

Related Articles

1 comment

Polis Marin rampas rokok bernilai RM35 ribu 4 December 2020 - 9:38 am

[…] Sumber : https://www.airtimes.my/2020/12/03/polis-marin-rampas-rokok-bernilai-rm35-ribu/ […]

Reply

Leave a Reply