Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM kepung Kampung Desa Bajau dan Dasar Baru dengan kawat duri

ATM kepung Kampung Desa Bajau dan Dasar Baru dengan kawat duri

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 3 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Rejimen 516 Askar Wataniah (AW) telah memasang kawat duri di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Markas 13 Briged dalam hantaran di media sosialnya berkata penugasan ini melibatkan 2 pegawai dan 9 anggota yang diketuai oleh Kapten Mostly Ramly.

Dua lokaliti ini telah diisytiharkan sebagai kawasan PKPD oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) mulai 2 hingga 15 Disember yang melibatkan 914 rumah dengan 4,934 penduduk.

“ATM bertanggungjawab membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,

“Kesemua petugas mematuhi panduan amalan klinikal semasa bekerja bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan penambahan kluster aktif yang baharu,” katanya.

Pada masa sama, pemantauan berkala di dua lokaliti ini akan dibuat oleh anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Rej 516 AW sehingga tamat PKPD di kawasan tersebut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply