Home SemasaGlobal Jet pejuang MiG-29K India terhempas di Laut Arab

Jet pejuang MiG-29K India terhempas di Laut Arab

by Air Times News Network

NEW DELHI, 27 Nov – Jet pejuang MiG-29K Tentera Laut India yang sedang menjalani latihan di Laut Arab terhempas sekitar jam 5 petang, Khamis.

Memetik laporan akhbar The Times of India, seorang juruterbang berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi juruterbang hilang.

Tentera Laut India dalam satu kenyataan berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala satu siasatan telah diarahkan untuk menyiasat kejadian tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply