Home Pertahanan dan Keselamatan 40 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

40 PATI ditahan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Seramai 40 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan menerusi Op Benteng semalam juga melaksanakan sebanyak 275 Sekatan Jalan Raya (SJR) diseluruh negara,

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 209 SJR, Op Benteng PDRM (57) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak  9 SJR,

“Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 62511223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah sempadan,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM turut menahan 308 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 290 individu telah dikompaun, manakala 18 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (84); Gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (78); Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73); Rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (28); Aktiviti pusat hiburan (23); Dan lain-lain (22),” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply