Home SemasaGlobal Lagenda bola sepak Diego Maradona meninggal dunia

Lagenda bola sepak Diego Maradona meninggal dunia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Lagenda bola sepak antarabangsa era 1980-an, Diego Maradona dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut laporan media Argentina, Maradona, 60 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumah kediamannya, Tigre pada hari Rabu (25 November).

Kematian lagenda telah disahkan oleh peguamnya, Matias Morlahas.

Maradona merupakan antara lagenda dunia sukan bola sepak dan dianggap sebagai wira Argentina selepas mengetuai pasukan negara itu memenangi Piala Dunia 1986.

Pada minggu lalu, beliau menjalani rawatan di hospital bagi melakukan pembedahan kecemasan membuang darah beku dibahagian otaknya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply