Home Pertahanan dan Keselamatan 32 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

32 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong ditahan semalam menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan keselamatan turut merampas 10 kenderaan darat.

“Sebanyak 280 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi Op Penawar sebanyak 214 SJR, Op Benteng PDRM (57) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 243 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 217 individu telah dikompaun manakala 26 individu pula direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup pelitup muka (79), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (40), rentas negeri dan daerah PKPB tanpa kebenaran (20) dan lain-lain (56),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply