Home Semasa Lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Seorang anggota Batalion ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) terkena tembakan petang tadi.

Mangsa berpangkat Lans Koperal ditembak dari arah Thailand ketika melakukan rondaan.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan ringan dibahagian perut.

Kejadian ini merupakan kali kedua berlaku selepas insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dengan kumpulan penyeludup Thailand pada pagi semalam.

Dalam kejadian tersebut, Sarjan Baharuddin Ramli maut manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari mengalami kecederaan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply