Home Semasa COVID-19: Kes positif turun kepada 3 angka

COVID-19: Kes positif turun kepada 3 angka

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Selepas beberapa hari mencatatkan jumlah empat angka, bilangan kes baharu COVID-19 pada hari ini menurun kepada 3 angka iaitu sebanyak 970 kes.

Dalam pada itu, terdapat sebanyak 2,348 kes COVID-19 telah disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini, sekaligus menjadikan kes sembuh sepenuhnya wabak berkenaan ialah sebanyak 46,501 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hsiham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 5 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

“Negeri Sembilan pada hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 293 kes dan negeri Selangor sebanyak 115 kes,

“Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes,

“Sebanyak 318 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Reman (1 kes),” katanya dalam sidang media khas berkaitan perkembangan COVID-19, pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan 4 kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 345 kes.

“2 Kes kematian melibatkan pesakit perempuan berumur 54 dan 68 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah. Kedua-dua pesakit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia,

“Kes kematian ke-342 pula merupakan seorang wanita warga emas yang dilaporkan di Hospital Pulau Pinang. Manakala seorang lagi pesakit merupakan seorang wanita berusia 77 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Labuan,” tambahnya.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan, terdapat 5 pertambahan kluster baharu pada hari ini yang melibatkan Negeri Johor, Selangor, Sabah dan Terengganu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply