Home Semasa Pesawat ringan dipandu warga Singapura mendarat di lebuh raya PLUS

Pesawat ringan dipandu warga Singapura mendarat di lebuh raya PLUS

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Sebuah pesawat ringan telah melakukan pendaratan cemas di lebuh raya PLUS berhampiran Sedenak, pagi tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza yang dikendalikan oleh dua orang juruterbang warga negara Singapura.

“Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor telah menerima panggilan dari pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kerana mengalami masalah teknikal,

“Pesawat persendirian kendalian Premier Air Singapore itu berada dalam penerbangan dari Senai ke Melaka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapter Chester Voo.

Beliau menambah, kedua-dua juruterbang dalam keadaan stabil dan pesawat telah dipindahkan bagi agar tidak menghalang lalulintas.

Pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza bernombor pendaftaran N5045B mengalami masalah teknikal sebelum melakukan pendaratan cemas.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan,

“Siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia,” jelas Chester.

Dalam kejadian berlaku pada pukul 10.40 pagi, sebuah pesawat ringan bernombor pendaftaran N5045B telah melakukan pendarat cemas di Kilometer 47.9 PLUS arah selatan sebelum susur Plaza Tol Sedenak.

Kejadian itu turut mendapat perhatian warga netizen dan tular di media sosial. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply