Home Semasa Saya mahukan yang terbaik kerana Pak Long sayang semua – Ismail Sabri

Saya mahukan yang terbaik kerana Pak Long sayang semua – Ismail Sabri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau akan terus mendengar keluh kesusahan rakyat dalam menghadapi situasi semasa negara yang diselubungi oleh wabak COVID-19.

“Saya tahu ramai netizen yang marahkan saya. Saya memahami perasaan mereka,

“Insha Allah saya akan lakukan yang terbaik dengan mendengar suara mereka dan membawa perkara ini ke mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara,” kata Menteri dalam halaman blog rasminya.

Beliau menjelaskan bahawa antara peranannya sebagai Menteri Kanan Keselamatan adalah menjadi jurucakap kerajaan mengenai perkara bukan berkaitan dengan kesihatan. Tambahnya perkara mengenai kesihatan pula dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihaan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

“Maka setiap keputusan mesyuarat khas menteri-menteri mengenai COVID-19 serta sidang khas MKN akan saya laporkan dalam sidang media harian.,

“Setiap laporan harian saya adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian besar menteri-menteri dan ketua-ketua jabatan,

“Setiap keputusan pula adalah berdasarkan nasihat dari Kementerian Kesihatan berdasarkan penilaian risiko mereka. Sebagai contoh untuk isytihar PKPP dan PKPB,” ujarnya.

Ismail Sabri yang turut dikenali sebagai Pak Long menjelaskan bahawa beliau mahukan yang terbaik kepada rakyat dalam menghadapi situasi sukar negara.

“Percayalah, Pak Long mahu yang terbaik untuk semua, sebagaimana untuk keluarga saya sendiri,

“Saya mahu yang terbaik untuk orang ramai kerana Pak Long sayang semua,” jelas Menteri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply