Home Semasa SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan kes salah guna cap sempadan

SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan kes salah guna cap sempadan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 18 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, lelaki pertama adalah Yuen Hon Loong, 49, dengan dua alamat terakhir di No. 27 Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No. 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Manakala lelaki kedua iaitu Teo Hun Siang, 36, yang mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail No. 12 Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur; No. 803, Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 atau 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat [email protected]. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply