Home Pertahanan dan Keselamatan APMM gagalkan penyeludupan ganja dan daun ketum

APMM gagalkan penyeludupan ganja dan daun ketum

by Air Times News Network

KUALA PERLIS, 17 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perlis berjaya merampas 300 kilogram (kg) ketulan ganja dan 1.5 tan daun ketum dalam 2 Operasi Khas di perairan Perlis.

Pengarah APMM negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, hasil risikan dan intipan yang dilakukan di perairan beberapa minggu lepas, aset-aset APMM Kuala Perlis bersiap sedia bagi membuat serbuan terhadap bot-bot yang dikenal pasti menyeludup dadah dan daun ketum.

“Dalam serbuan pertama yang di lakukan pada awal pagi 15 Nov lalu, sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran telah ditahan di lokasi 2.7 batu nautika dari barat laut pantai Kuala Sanglang,

“Hasil pemeriksaan keatas bot berkenaan mendapati, 17 bungkusan plastik hitam disyaki ketulan ganja mampat seberat 300 kilogram dipercayai diseludup masuk dari negara jiran,

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk ketulan ganja mampat, bot fiber berserta enjin sangkut bergalah dianggarkan lebih kurang RM 910 ribu,” katanya dalam hantaran media sosial milik APMM.

Bagi tangkapan kedua pula, melibatkan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran berjaya dipintas dikedudukan 0.7 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis.

“Bot tersebut telah memecut laju lalu meluncur ke daratan dan melarikan diri bersama 3 awak-awak termasuk tekong sambil menyelamatkan barang yang di bawa didalam bot,

“Hasil pemeriksaan, terdapat 148 bungkusan berwarna merah disyaki daun ketum dengan anggaran seberat 1.5 tan yang bernilai RM 120 ribu,” katanya

Semua hasil rampasan dan bot beserta enjin sangkut  jenis Mercury 115HP dengan anggaran RM180 ribu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) dan diserahkan kepada Pengawai Penyiasat untuk siasatan.

“Siasatan bagi kedua-dua kes ini juga meliputi siasatan ke atas dalang utama sindiket yang dipercayai terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing yang berada di negeri Kedah dan Perlis,

“Sepanjang Operasi Khas dilaksanakan, mendapati sindiket pengedaran ganja dan dadah telah menukar kepada operasi penyeludupan menerusi jalan laut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply