Home Politik AMANAH sahkan ADUN Meru keluar parti sertai PKR

AMANAH sahkan ADUN Meru keluar parti sertai PKR

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar telah keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha AMANAH Negeri Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim telah mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

“AMANAH Negeri Selangor ingin memaklumkan bahawa Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Meru telah keluar dari Parti Amanah Negara utk menyertai PKR,

“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang oleh beliau terbatal serta merta,

“AMANAH Negeri Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply