Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
516 individu dikompaun ingkar PKPP – Air Times News Network
Home Semasa 516 individu dikompaun ingkar PKPP

516 individu dikompaun ingkar PKPP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Seramai 568 individu telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 516 individu telah dikompaun, manakala 49 telah direman dan 3 dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPP tersebut termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, aktiviti di pusat hiburan, tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan.

Beliau berkata, PDRM juga telah membuat 51,245 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Selain itu, PDRM turut membuat pemantauan di 3,547 pasar raya, 4,815 restoran serta 1,306 penjaja, 1,225 kilang, 3,240 bank dan 507 pejabat kerajaan,

“Sebanyak 1,000 terminal pengangkutan darat, 238 terminal pengangkutan air serta 81 terminal pengangkutan udara turut dipantau,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, National Task Force telah menahan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Benteng, semalam.

“Op Benteng turut mengadakan sebanyak 250 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara melibatkan PDRM (56), ATM (185) dan AKSEM (9),” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?