Home Pertahanan dan Keselamatan 27 PATI, 1 tekong ditahan dalam Operasi Benteng semalam

27 PATI, 1 tekong ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam, berjaya menahan seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas 8 kenderaan darat.

“Sebanyak 250 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM sebanyak (58) ATM (180) dan AKSEM (9),

“Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 62511223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah sempadan,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 431 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 413 individu telah dikompaun, 17 lagi direman dan 1 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (101); premis gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (78); gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (72); aktiviti pusat hiburan (25) dan lain-lain (56),” ujarnya. –  airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply