Home SemasaGlobal Nelayan Indonesia guna bot Malaysia ceroboh perairan negara sendiri

Nelayan Indonesia guna bot Malaysia ceroboh perairan negara sendiri

by Nor Azlan Mohd Nor

BATAM, 12 Nov – Pihak berkuasa Indonesia telah menahan 2 buah bot nelayan Malaysia yang menceroboh perairan mereka pada Selasa lalu.

Kedua-dua bot terbabit ditahan oleh Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP) Kementerian Kelautan dan Perikanan (KPP) ketika menangkap ikan di Zon Ekonomi Eskslusif Indonesia.

Menurut laporan media Indonesia memetik kenyataan Ketua Pengarah PSDKP, Haeru Rahayu yang berkata, kedua-dua bot yang memiliki nombor pendaftaran Malaysia telah dirampas dan dibawa ke Pangkalan PSDKP.

“Siasatan mendapati kesemua 7 awak-awak dari bot yang dirampas merupakan warga Indonsia,” kata laporan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply