Home Semasa Kelantan, Putrajaya catat kadar tumbesaran terbantut tertinggi di Malaysia

Kelantan, Putrajaya catat kadar tumbesaran terbantut tertinggi di Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terkejut dengan kadar tumbesaran terbantut (stunted growth) di Putrajaya adalah tinggi iaitu sebanyak 24 peratus.

Saifuddin berkata kadar tumbesaran terbantut yang paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Kelantan iaitu sebanyak 34 peratus di sebabkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat dan sebagainya.

“Putrajaya ini kan satu kota pentadbiran ke arah Malaysia menjadi sebuah negara yang gah dan disegani, rupanya penghuninya itu mempunyai kadar tumbesaran terbantut juga adalah tertinggi,

“Kalau Johor sebanyak 12 peratus, Melaka 14, Kedah 18, tetapi Putrajaya ni 24 peratus,

“Jadi saya berpendapat, bahawa kalau polisi Belanjawan 2021 yang kita rangka melihat kepada satu segmen masalah, polisi digubal berasaskan data, saya percaya ianya akan menjadi lebih kemas, tepat dan mampu membuah hasil,” katanya dalam sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply