Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM usir 3 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

TLDM usir 3 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menceroboh 3 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara, semalam.

Kapal TLDM, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH yang sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab untuk melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng).

“Kehadiran 3 bot nelayan pada posisi 26 batu nautika selatan Pulau Perak telah di maklumkan oleh Maritime Component Commander (MCC),” kata TLDM dalam satu kenyataan,” hari ini.

KD LAKSAMANA TAN PUSMAH tiba ke lokasi yang dinyatakan oleh MCC dan mendapati 3 bot nelayan Indonesia sedang bertambat di boya dalam perairan Malaysia.

Kesemua bot terbabit telah diusir dan diiringi keluar oleh KD LAKSAMANA TAN PUSMAH.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply