Home Politik Peruntukan RM85.5 juta kepada JASA terlalu besar

Peruntukan RM85.5 juta kepada JASA terlalu besar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata peruntukan sebanyak RM85.5 juta untuk menwujudkan kembali JASA adalah terlalu besar.

Beliau berkata Belanjawan 2021 yang dibentengkan di Parlimen pada Jumaat lalu tidak sensitif kepada ‘keutamaan’ tatkala negara dilanda gelombang tiga COVID-19.

“Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia) tidak perlu defensif bahawa JASA tidak ada kaitan politik kepada kerajaan,

“Dalam kenyataannya, JASA akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan JASA. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologatik,” kata Mohd Puad dalam hantaran di media sosialnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tidak menjadi kesalahan dan sememangnya sebagai ‘government of the day’ pihak kerajaan memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan inisiatif kerajaan.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menegaskan penubuhan JASA dahulunya ditakuti oleh DAP.

“Mereka tidak takut dengan Special Branch (SB), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Agensi itu tidak fokus seperti JASA yang memiliki team Stratcom yang efektif,

“Sebab itu DAP tutup JASA sebagai balas dendam kerana JASA paling aktif menjawab pembohongan DAP melalui media sosial,” ujarnya.

Tambahya, ada dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin akan di lantik menjadi KP JASA nanti.

“Dia (Dr Afif) pentaksub Azmin (Datuk Seri Azmin Ali). Sebab itu Azmin dituduh di belakang tabir JASA dapat 85.5 Juta,

“Lagi pun Saiffuddin Abdullah selaku Menteri KKMM adalah pematuh Azmin tahap dewa. ‘A’ kata Azmin, maka ‘A’ juga kata Saifuddin,” ujarnya dalam hantaran itu.

Justeru JASA tidak perlu peruntukan sebesar RM85.5 Juta kecuali kalau ada tujuan lain. Yang penting keberkesanan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kena jawab secara terperinci di Parlimen.

“Saifuddin mengakui dengan jumlah besar itu JASA akan mengambil staf lebih ramai. Apakah mereka akan menjadi jentera PPBM di setiap DUN yang berhadapan masalah kekurangan cawangan dan ahli di akar umbi untuk menghadapi PRU ke 15?,

“Saifuddin juga mengaku peruntukan 4 kali ganda itu akan digunakan untuk membangun Stratcom yang kuat. Apakah tidak mungkin ia juga akan digunakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk PRU-15. Atau menaja portal politik tertentu?,” soalnya.

Dalam pada itu, ujarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baru pada Pilihan Raya Umum akan datang dan antaranya tidak membenarkan kempen rumah ke rumah serta ceramah terbuka.

“Sudah tentu media sosial akan menjadi alat kempen yang utama. Justeru elok kerajaan buat pindaan sebelum Bajet itu diluluskan. Ikut syiling tahun 2018 atau dikurangkan sikit,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply