KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan sebanyak 972 kes baharu positif COVID-19 dan 8 kematian telah direkodkan di Malaysia pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes kematian itu direkodkan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Kes kematian tersebut adalah melibatkan 6 warga negara manakala 2 lagi bukan warga negara,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, daripada 972 kes baharu pada hari ini, terdapat 5 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan 2 warganegara dan3 bukan warganegara
Dalam pada itu, hari ini terdapat 370 kes baharu penularan di Sabah, 260 kes di Negeri Sembilan, 137 kes di Selangor, 20 kes di Kuala Lumpur dan 5 di Putrajaya.
Menurut beliau, terdapat 6 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini iaitu kluster Nahaba, klaster Numbak, kluster Perigi, kluster Seri Terapi, kluster Padang dan kluster Harmoni
Sehingga kini, jumlah keseluruhan seramai 41,181 kes telah dijangkiti wabak pandamik COVID-19.
Manakala, seramai 1,345 pesakit COVID-19 telah di sahkan sembuh pada hari ini
“Jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 11,308 kes,” ujarnya.-airtimes.my