Home Politik Belanjawan 2021 abaikan kepentingan rakyat dan ekonomi negara – PEJUANG

Belanjawan 2021 abaikan kepentingan rakyat dan ekonomi negara – PEJUANG

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menegaskan Belanjawan 2021 mengabaikan kepentingan awam kerana rata-rata bersifatkan populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara.

PEJUANG dalam satu kenyataan hari ini berkata, kini berada di dalam dilema apabila diminta untuk menyatakan pendirian terhadap Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz Jumaat lalu.

“Untuk tidak menyokong kami akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak COVID-19,

“Selain itu, jika kami mengambil pendirian tidak menyokong, kami akan dituduh tidak taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata kenyataan bersama Ahli Parlimen PEJUANG hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan dilihat tidak ikhlas terhadap sikap prihatin Yang di-Pertuan Agong sebagai satu ‘blank cheque’ untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam belanjawan itu yang menjurus kepada keutungan politik dan mengenepikan kepentingan awam.

“Peruntukan yang begitu besar kepada agensi propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) salah satu simpton yang jelas meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Selain itu, PEJUANG melihat belanjawan yang dibentang itu sebagai tidak menghayati semangat titah Seri Paduka Baginda yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik.

“Kami berharap aspek-aspek belanjawan yang digusarkan dan ditimbulkan oleh rakyat, pakar-pakar ekonomi, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, penganalisa-penganalisa, pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan anggota masyarakat yang lain akan dapat dinilai, diperbetul dan jika perlu dibatalkan,

“Jika ini dapat dilakukan, maka kami bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021,” tegas kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply