Home Semasa Jumlah kes COVID-19 Malaysia lebihi paras 40,000

Jumlah kes COVID-19 Malaysia lebihi paras 40,000

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Angka kes jangkitan harian COVID-19 di negara ini kembali menurun di bawah angka 1,000 selepas 5 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes jangkitan baharu yang dikesan pada hari ini ialah 852 kes dengan 13 daripadanya merupakan kes import.

Dari jumlah tersebut, 839 kes melibatkan penularan tempatan.

Sabah masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 524 kes sementara Selangor mencatatkan 148 kes.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 104 kes baharu.

“Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,689 kes,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Bilangan terbaharu itu menjadi jumlah kes jangkitan COVID-19 Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes.

Pahang dan Perlis masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Sementara itu, 4 kes kematian direkodkan dengan menjadikan jumlah maut akibat wabak itu meningkat kepada 286 orang.

Jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 28,234 apabila seramai 825 pesakit diisytiharkan sembuh pada hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply