Home Semasa Helikopter bertembung, dua maut

Helikopter bertembung, dua maut

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Dua orang dilaporkan maut dalam satu kejadian helikopter terhempas di Taman Melawati, hari ini.

Helikopter malang tersebut dilaporkan bertembung dengan sebuah helikopter lain di ruang udara Kuala Lumpur.

Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali tiba tempat kejadian untuk meninjau keadaan.

Kedua-dua helikopter berlepas dari Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira sejam sebelum kelamalangan berlaku.

“Sedih dan simpati atas kejadian yang telah meragut dua nyawa khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat,” kata Ahli Parlimen Gombak di akaun Twitternya.

Tinjauan Air Times di laman laman Flight Radar 24 mendapati, kedua-dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 tersebut adalah milik sebuah kelab rekreasi di Subang.

Helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-HCA dan 9M-HCB berlepas dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Genting Sempah dan berpatah balik ke Gombak sebelum berlaku pertembungan.

Detik-detik akhir kedua-dua helikopter sebelum kemalangan berlaku.

Pertembungan terbabit menyebabkan sebuah helikopter terhempas manakala sebuah lagi mendarat cemas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati.

Video tular di media sosial mendapati helikopter bernombor 9M-HCB mengalami kerosakan teruk.

Helikopter 9M-HCA pula berjaya melakukan pendaratan cemas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply