Home Pertahanan dan Keselamatan Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600

Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah dan akan dibayar pada awal 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan ini turut diberikan kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen berjumlah RM300.

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan yang lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi,

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini.

Menurutnya, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar pada awal 2021. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply