KUALA LUMPUR, 6 Nov – Kerajaan telah meningkatkan peruntukan pertahanan dan keselamatan dalam Belanjawan 2021.
“Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing diperuntukkan RM 16 bilion dan RM 17 bilion,
“Bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia, kerajaan akan menaikkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM 2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM 2 bilion sebelum ini,” kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Dalam Belanjawan 2020 sebelum ini, MINDEF telah diperuntukkan sebanyak RM15.6 bilion dan RM 16.9 bilion kepada KDN.
Tengku Zafrul menambah, kerajaan turut meluluskan pembinaan hampir 1,000 buah unit baharu Rumah Keluarga Angkatan Tentera dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM 500 juta.
Beliau menambah, kerajaan turut memperuntukkan RM 27 juta kepada CyberSecurity Malaysia untuk perkukuhkan kawalan keselamatan siber negara berikutan trend jenayah siber yang kian meningkat. – airtimes.my
1 comment
bagus.. itu yg lebih penting