Home Semasa Bayaran one-off RM 500 kepada petugas kesihatan

Bayaran one-off RM 500 kepada petugas kesihatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian RM500 kepada kumpulan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghargai jasa mereka dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian secara one-off ini dijangka dimanfaakan 100 ribu petugas kementerian berkenaan.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini,

“Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak 600 ringgit sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan 1 .8 billion ringgit bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan COVID-19.

“Antara barang keperluan seperti membeli kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen dan bahan guna habis,

“Selain itu, 1 billion ringgit lagi akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19 termasuklah perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubatan-ubatan di Hospital Pengajar Universiti,” ujarnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply