Home Politik 43 Ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021

43 Ahli Parlimen BN sokong Belanjawan 2021

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan kepada pembentangan Belanjawan 2021 yang akan di bentangkan oleh kerajaan di Parlimen pada 6 November ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3 November lalu telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi atas Belanjawan 2021.

“Ahli-ahli parlimen BN yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat bersetuju menyokong Belanjawan 2021,

“Begitu juga dengan Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya lagi, BN juga bersetuju supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya bagi mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

“Selain itu, BN juga mohon untuk meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply