Home Semasa TLDM tahan warga asing kendali bot nelayan tempatan

TLDM tahan warga asing kendali bot nelayan tempatan

by Nor Azlan Mohd Nor

LUMUT, 4 NOV – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dipercayai mengupah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), semalam.

Ketika kejadian, kapal latihan TLDM, KD GAGAH SAMUDERA sedang melakukan rondaan di kawasan perairan sekitar 8 batu nautika dari Tanjung Sauh, Kuala Selangor.

Semasa rondaan, TLDM telah mengesan dan memeriksa sebuah bot nelayan kelas B.

Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan oleh seorang tekong yang merupakan warga tempatan bersama 2 orang awak-awak warga asing.

Kedua-dua warga asing dari Myanmar gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Lantaran itu, KD Gagah Samudera telah mengiringi bot nelayan tersebut ke Kuala Selangor untuk diserahkan Pasukan Polis Marin untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply