Home Semasa Kes jangkitan harian masih lebihi angka 1,000

Kes jangkitan harian masih lebihi angka 1,000

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, jumlah kes baharu wabak pandemik COVID-19 di Malaysia masih mencatatkan angka 4 digit untuk 2 hari berturut-turut apabila sebanyak 1,032 kes telah dikesan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan ini telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 35,425 kes dengan jumlah kebolehjangkitan wabak berkenaan 10,339 kes.

Beliau berkata, negeri Sabah masih mencatatkan jumlah tertinggi harian pada hari ini, iaitu sebanyak 646 kes daripada keseluruhan kes positif, manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes.

“Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan 28 kes positif pada hari ini. Kelima-lima negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini telah menyumbang sebanyak 918 kes secara keseluruhan,

“Sebanyak 98 kes dilaporkan berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS), antaranya Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (16 kes), Kluster Rumah Merah (11 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Benteng PK (5 kes),” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, pada hari ini.

Dr Noor Hisham turut berkata, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan sebanyak 820 kes telah pulih sepenuhnya dan 8 kes kematian dicatatkan hari ini.

“Sebanyak 7 kes kematian melibakan pesakit yang direkodkan di Sabah dan 1 kematian di Perak,” tambahnya.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan 6 kluster baharu telah dikenal pasti hari ini yang melibatkan Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Selangor dan Putrajaya.

Sehingga hari ini , sebanyak 24,815 individu telah disahkan pulih dari wabak pendemik yang membawa maut itu dan bilangan kes kematian telah meningkat kepada 271 kes pada hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply