Home Pertahanan dan Keselamatan 51,816 veteran ATM terima elaun PJM esok

51,816 veteran ATM terima elaun PJM esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pembayran Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi fasa ketiga dan keempat akan dilaksanakan ke dalam akaun veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat mulai esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, pembayaran ini melibatkan seramai 51,816 veteran dan implikasi kewangan berjumlah RM25,908,000.00 juta.

Beliau turut menjelaskan, ketika ini, Kementerian Pertahanan sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan kerajaan supaya bayaran elaun PJM ini dibayar secara bulanan dengan mengambilkira keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.

“Semasa pembentangan Bajet 2020 pada 11 Oktober 2019 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebanyak RM 500.00 secara one-off (sekali bayaran) kepada hampir 70,000 penerima,

“Pembayaran Elaun Kenangan ini telah selesai dilaksanakan dalam 2 fasa pada bulan Feb dan Mac 2020 yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM 35 juta,

“Namun masih terdapat seramai 51,816 veteran ATM yang baru berdaftar dan layak untuk menerima elaun one-off ini,

“Pihak Kementerian telah memohon peruntukan tambahan dan sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran kepada veteran-veteran yang baru berdaftar ini akan dilaksanakan mulai 5 November 2020 ke dalam akaun veteran-veteran ynag terlibat,” katanya dalam dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, baki pembayaran elaun PJM secara one-off ini juga bertepatan dengan hasratnya untuk membantu meringankan beban veteran ATM berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih berterusan.

Selain itu, beliau turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan orang ramai untuk terus menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan yang masih berlangsung sehingga 31 Disember 2020.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui portal KTP melalui pautan https://tabungpahlawan.jhev.gov.my atau terus menyumbang di Affin Bank nombor akaun 1059 5000 3201, Maybank nombor akaun 5643 4262 2956 atau CIMB Bank nombor akaun 8604271571. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply