Home Semasa 12 Ahli Parlimen dilantik jawatankuasa PAC

12 Ahli Parlimen dilantik jawatankuasa PAC

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Seramai 12 Ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengemukakan Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ke dalam Majlis Dewan pada hari ini dengan ketetapan melantik ahli jawatankuasa PAC yang baharu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada 27 Ogos 2020, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh (DAP-Ipoh Timor) dan Naib Pengerusi Datuk Azizah Mohd Dun (BERSATU-Beaufort).

12 Ahli Jawatankuasa PAC yang baharu adalah:

  • Datuk Fasiah Moh Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam)
  • Yamani Hafez Musa (BERSATU-Sipitang)
  • Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian)
  • Tan Sri Noh Omar (UMNO-Tanjung Karang)
  • Datuk Jalaluddin Alias (UMNO-Jelebu)
  • Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti)
  • Ahmad Fadhli Shaari (PAS- Pasir Mas)
  • Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS- Sik)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh)
  • Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Lumut)
  • Wong Shu Qi (DAP-Kluang)

Related Articles

Leave a Reply