Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 13 RAMD halau PATI ceroboh masuk Sarawak

13 RAMD halau PATI ceroboh masuk Sarawak

by Nurulhuda

SRI AMAN, 1 Nov – Seramai 6 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan diusir ketika cuba menyusup masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak sah oleh anggota pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD).

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, kejadian berlaku di kawasan sempadan Malaysia- Indonesia, lewat malam tadi.

“Dalam kejadian lewat malam semalam, sepasukan anggota sedang melaksanakan rondaan keselamatan di laluan tikus yang diketuai oleh Sjn Muhd Nasaruddin Hamdan,

“Sekitar jam 11.45 malam, kelihatan 6 orang awam dalam keadaan mencurigakan yang disyaki PATI sedang berjalan ke Malaysia ingin merentasi sempadan Malaysia-Indonesia daripada Entikong,

“Setelah ditahan dan diperiksa, PATI tersebut membawa beg pinggang, 4 telefon bimbit serta sejumlah wang tunai bernilai RM 150.00 yang dianggarkan jumlah keseluruhan sebanyak RM 300.00,” katanya dalam hantaran di laman sosial Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan telah diusir keluar bagi mengelakkan kes penularan di Pusat Tahanan seperti mana saranan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menyatakan Operasi Benteng (Op Benteng) kini lebih memfokuskan pendekatan pengusiran PATI berbanding tangkapan.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply