Home Politik UMNO kekal sokong Perikatan Nasional

UMNO kekal sokong Perikatan Nasional

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan pihaknya akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari, Zahid turut menggesa prinsip kerjasama berpaksikan nilai penghormatan dan persetujuan bersama dalam politik (political consensus) perlu ditambah baik.

“Kita menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan kesemua parti bernaung di bawah PN serta parti pembangkang,

“Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani COVID-19 dan kesan negatif ekonomi terhadap rakyat,” katanya.

Pada masa yang sama, Zahid turut menegaskan pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengekalkan keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terdahulu, Zahid mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO hampir 3 jam yang bermula seawal 9.30 malam.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply