Home Pertahanan dan Keselamatan 51 PATI ditahan dalam Operasi Benteng semalam

51 PATI ditahan dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Seramai 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan, berkata Operasi bersepadu yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) itu turut merampas 2 kenderaan darat.

“Pada waktu ini, Op Benteng lebih memfokuskan kepada pendekatan pengusiran terhadap PATI berbanding tangkapan,” katanya dalam dalam sidang media mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan, sebanyak 314 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan ATM (65 SJR ), PDRM (240 SJR) dan AKSEM (9 SJR).

Sementara itu, pasukan Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM semalam turut menahan 857 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, seramai 847 individu telah dikompaun manakala 10 direman,

“Antara kesalahan ingkar PKPP yang dilakukan termasuklah tidak memakai pelitup muka (196), aktiviti di pusat hiburan (183), Gagal menyediakan peralatan/ merekod butiran diri (175), penjarakan sosial (172), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain kesalahan (78),” tambahnya.

Beliau turut menegaskan, Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply