Home SemasaGlobal Pesawat Isreal serang tentera Hamas di Gaza

Pesawat Isreal serang tentera Hamas di Gaza

by Admin

GAZA, 23 Okt – Pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Hamas di Semenanjung Gaza hari ini.

Agensi berita Xinhua memetik sumber keselamatan dan saksi kejadian berkata, pesawat perang Israel menyerang kawasan yang menempatkan tentera dan peluru berpandu milik Briged al-Qassam.

Menurut jurucakap tentera Israel, serangan udara tersebut menyasarkan tempat pembuatan senjata dan infrastruktur ketenteraan bawah tanah.

Serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap roket yang dibedil dari Gaza yang menyasarkan kawasan selatan Israel pada malam Khamis lepas.

Tidak ada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dari serangan roket itu dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Semenjak dua minggu lepas, militan yang tidak dikenali telah melepaskan empat roket ke selatan Israel.

Pada Selasa lepas, roket telah ditembak dari Gaza beberapa jam setelah tentera Israel menemui “terowong pengganas” yang bergerak dari selatan Gaza ke Israel.

Pertembungan Israel dan militan di Gaza adalah pelanggaran terbaru terhadap persefahaman yang telah dicapai yang ditangani oleh Mesir, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Qatar tahun lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply