Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara COVID-19: TUDM terbangkan 48 petugas KKM, 20 tim sukarelawan ke Sabah

COVID-19: TUDM terbangkan 48 petugas KKM, 20 tim sukarelawan ke Sabah

by Air Times News Network

SUBANG, 21 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada 48 Tim Mobilisasi dan 20 orang Tim Sukarelawan untuk dihantar ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, penghantaran petugas tersebut adalah bagi memberikan bantuan perubatan di Tawau dan Kota Kinabalu dalam membendung penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah.

“Bagi pelaksanaan misi ini, TUDM telah mengatur gerak sebuah pesawat pengangkut jenis C130H dari No 20 Skuadron, dari Pangkalan Udara Subang,

“Penerbangan ini turut membawa peralatan perubatan KKM seperti VTM, Mobile X-Tray, Super Script dan RTK yang diturunkan di Kota Kinabalu bagi kegunaan pusat kesihatan disitu,” katanya.

Pesawat ini telah diterbangkan Kapten Aiman TUDM, dibantu pembantu juruterbang Kapten Raja TUDM dan 3 krew serta jurutera penerbangan, Mejar Azrin TUDM bersama Kapten Firdaus TUDM sebagai jurumalim.

Menurut TUDM, pesawat C130H juga membawa pulang 30 kotak sampel swab test dari Tawau dan Kota Kinabalu.

“Setelah tiba di PU Subang sampel tersebut diserahkan kepada KKM. Sampel tersebut akan dilaksanakan ujian pengesahan di makmal-makmal di semenanjung,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply