Home Semasa COVID-19: Kerajaan perlu beri insentif kepada majikan laksana ujian saringan

COVID-19: Kerajaan perlu beri insentif kepada majikan laksana ujian saringan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak mengesa kerajaan agar memberikan insentif pengecualian cukai kepada majikan yang membuat saringan COVID-19 kepada pekerja mereka.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar membuat pengecualian kepada semua individu yang membuat pembayaran di hospital bagi melaksanakan ujian saringan wabak pandemik itu.

“Saya menyokong penuh saranan kerajaan agar pekerja asing wajib menjalani saringan COVID-19. Begitu juga kepada semua pekerja rakyat Malaysia,

“Justeru itu, pihak kerajaan perlu memberikan insentif pengecualian cukai kepada majikan-majikan yang membuat saringan COVID-19 mengguna kaedah rtPCR kepada pekerja mereka serta pengecualian cukai kepada semua individu yang membuat bayaran kepada hospital swasta untuk membuat saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi oleh Air Times.

Halim berkata, langkah pemberian insentif ini dapat membuktikan keperihatinan dan kesungguhan pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat yang kini terbeban akibat COVID-19.

Menurutnya, usaha kerajaan dalam mengekang dan menamatkan wabak COVID-19 ini memerlukan kesedaran dan kerjasama semua dari semua pihak.

Sehubungan itu, MCCF turut menyediakan perkhidmatan untuk Program Saringan COVID-19 Komuniti Kelompok kepada semua masyarakat melalui kerjasama bersama Hercules Medicare Sdn Bhd dan Makmal Mikrobiologi Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

“Memandangkan tiada lagi vaksin untuk COVID-19 yang di temui, maka kaedah menguatkuasakan saringan COVID-19 rtPCR dan prosedur operasi standard (SOP) yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan vaksin terbaik dalam menangani isu penularan wabak ini di kalangan rakyat Malaysia serta warga pekerja asing di negara ini,” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply