Home Semasa Angka jangkitan COVID-19 global hampiri paras 40 juta

Angka jangkitan COVID-19 global hampiri paras 40 juta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia menghampiri angka 40 juta, hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University pada pukul 9 pagi, menunjukan angka terkini jumlah kes adalah 39,876,764.

Amerika Syarikat merupakan negara yang terjejas teruk dengan jumlah kes sebanyak 8,148,368 diikuti India iaitu 7,494,551.

Di benua Amerika Selatan, jumlah kes jangkitan di Brazil telah meningkat kepada 5,224,362.

Ketiga-tiga negara ini mempunyai angka kes jangkitan COVID-19 yang paling tinggi.

Sehingga kini, seramai 1,112,426 orang di seluruh dunia maut akibat wabak pandemik ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply