Home Semasa 4 loji rawatan air dihenti tugas kerana pencemaran Sungai Selangor

4 loji rawatan air dihenti tugas kerana pencemaran Sungai Selangor

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Pihak Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan empat loji air terpaksa dihenti tugas kerana berlaku pencemaran sumber air  mentah di Sungai Selangor.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, pencemaran telah dikesan pada sumber air mentah kira-kira pukul 2 pagi tadi,

Lantaran daripada itu, Air Selangor bertindak melepaskan air mentah bagi ‘membilas ‘(flushing) bahan pencemaran di dalam sungai.

“Sehingga pukul 6.30 pagi, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON,” jelasnya.

Air Selangor kemudiannya bertindak menghentikan operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang.

“Henti tugas kesemua loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat,

“Ini menyebabkan seramai 1,196,457 penguna terputus bekalan air,” katanya.

Sehingga kini Air Selangor tidak menyatakan tempoh bekalan air kembali pulih- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply