Home Politik Saya masih lagi Perdana Menteri – Muhyiddin

Saya masih lagi Perdana Menteri – Muhyiddin

by M.Daim

PUTRAJAYA, 13 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan beliau masih merupakan Perdana Menteri yang sah.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Khas yang disiarkan secara langsung di akaun media sosialnya.

“Saya masih lagi di sini sebagai Perdana Menteri,” tegasnya.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak berminat untuk mengambil kisah tentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

“Terserah kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan perkara ini mengikut lunas Perlembagaan,

“Saya tidak berminat untuk mengikuti kisah Anwar. Keutamaan saya adalah untuk menguruskan negara,

“Tugas dan amanah perlu diutamakan,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah mendapat sokongan lebih 120 orang Ahli Parlimen dan kerajaan Muhyiddin tumbang.

“Bagi saya bahawa kerajaan Muhyiddin telah jatuh dan kehilangan majoriti, adalah wajar untuk dia meletakkan jawatan,” kata Presiden Keadilan semasa sidang media di Hotel Le Meridien.

Anwar Ibrahim telah menghadap Agong pagi tadi untuk mempersembahkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Namun, pihak Istana Negara menegaskan bahawa Presiden PKR itu tidak menyerahkan sebarang senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply