Home Semasa Sekolah di seluruh Sabah ditutup

Sekolah di seluruh Sabah ditutup

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Semua sekolah di Sabah ditutup selama 16 hari bermula 10 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya KPM meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah,

“Murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama, manakala murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama,

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, pentadbiran sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply